• Admin

10 Sebab Anda Perlukan Wedding Planner


Bagi kebanyakkan dari pada kita, wedding atau event yang cantik dengan berjalan lancar adalah suatu yang diidamkan. Kita tak mahu mengenakan wedding dress yang dari design lama apatah lagi event yang tersang-sangkut, MC yang tidak dapat mewujudkan mood ceria bagi keseluruhan serta photographer dan videographer yang kerja secara bersepah, makanan terasa seperti ubat expired dan sebagainya.


Namun begitu, persiapan yang rapi memerlukan masa untuk merancang, meeting dan wedding planner yang faham inspirasi tuan rumah. Jika kita tidak mempunyai wedding planner, kita mungkin tersalah pilih kerana kita tak kenal siapa yang terbaik.


10 Sebab kenapa anda perlukan wedding planner ialah;

1. Venue

Wedding planner akan mengesyorkan agar anda memilih wedding venue yang sesuai dengan tema pelamin anda atau tema dekorasi anda secara keseluruhan. Selain daripada itu bilangan jemputan juga akan diambil kira dan Wedding Planner bijak mengatur bilangan jemputan serta susun atur meja sama ada hidang atau buffet. Jika jemputan 500, wedding planner tidak akan mengeyorkan tuan rumah mengambil venue yang boleh memuatkan 1000 orang sebab ia akan nampak macam tak ada orang datang. Dan yang lebih penting lagi susun atur meja makan jemputan, buffet, meja makan pengantin dan sebagainya disusun dengan strategik.



2. Decoration pelamin, entrance dsb

Wedding Planner akan membantu dari segi  merancang pelamin yang sesuai bukan sahaja dari segi dekorasi, malah juga mengambil kira faktor lain seperti kelebaran pelamin tersebut untuk group photo. Seringkali kita lihat tidak ada ruang untuk seisi keluarga pengantin untuk mengambil gambar kerana kekurangan ruang.  Terdapat juga pelamin yang cantik tetapi tidak mempunyai lighting khas untuk pengantin yang menyebabkan kedua pasangan tersebut gelap berbanding dengan latar belakang mereka. Juga hal-hal lain seperti kipas angin supaya pengantin tidak panas dan sebagainya akan dirancang oleh Wedding Planner.


Pelamin dari Nas Great Idea

3. Itenerary atau Aturcara Majlis

Menghasilkan itenerary yang bersesuaian dengan tema serta tidak membosankan hadirin adalah penting. Wedding Planner dapat mengeluarkan beberapa pilihan itenerary yang kreatif serta bersesuaian dengan tema majlis. Jika majlis mempunyai VVIP yang sangat tua, adalah tidak sesuai untuk melanjutkan majlis sehingga jam 11 malam dan sebagainya. Aturcara majlis termasuklah ustaz untuk membaza doa, kompang, band, tarian dan pelbagai lagi.


Event Glamweddings


4. Dress untuk pengantin serta bridesmaid

Wedding planner akan  menghasilkan busana pengantin yang cantik serta bersesuaian dengan pengantin tersebut. Mereka juga dapat mengusulkan pilihan-pilihan dari pelbagai designer yang menghasilkan rekaan yang terbaik. Jika pengantin tak cerah, wedding planner akan mengusulkan dress yang cerah sedikit dan begitulah seterusnya.


5. MC

Wedding planner juga tahu untuk memilih MC majlis yang bersesuaian dengan inspirasi tuan rumah.  Terdapat MC yang juga boleh menyelitkan unsur lawak jenaka dan menjadikan majlis tersebut lebih santai.  Mungkin juga tuan rumah inginkan MC juga pandai menyanyi lagu kegemaran tuan rumah seperti lagu tradisional.   Wedding Planner atau memastikan MC tersebut memberi nyawa kepada majlis itu agar majlis itu sentiasa hidup dan akan dikenang oleh hadirin .


6. Coordinator

Terdapat majlis yang memerlukan bantuan coordinator untuk melancarkan beberapa proses seperti mengiringi VIP serta melancarkan keseluruh itenerary yang lain. Koordinator akan memastikan majlis tersebut sentiasa mempunyai pengisian dari awal sehingga ke akhir majlis. Kebiasaanya team usher dan coordinator mempunyai walkie talkie yang lengkap dan sentiasa berkomunikasi untuk memastikan kelancaran majlis. Salah satu contoh, jika make-up sudah siap, coordinator pengantin akan maklumkan coordinator MC supaya meminta hadirin masuk ke ballroom kerana majlis akan dimulakan tidak lama lagi . Jangan MC announce tetapi pengantin baru nak pakai baju



7. Khemah

Terdapat pelbagai jenis khemah dan jenis khemah ini mempunyai reka bentuk  yang moden atau boleh dihiasi dengan pelbagai cara seperti chendelier dan drape.


8. Katering dan Candybar

Wedding Planner tahu katering yang memberi hidangan yang sedap, cekap, cara kerja yang tersusun, beruniform, menjaga kebersihan dan yang penting sekali sering menepati masa. Katering yang sering lewat atau bermasalah tidak akan dipanggil. Susunan candybar juga tidak boleh sembarangan. Ini kerana candybar juga harus mempunyai ciri-ciri warna yang sesuai dengan tema wedding. Wedding planner akan membantu untuk mendapatkan candybar yang cantik serta mempunyai hidangan yang sesuai.


9. Fotografi dan videografi

Wedding Planner akan mengesyorkan jurufoto dan juruvideo yang sudah mahir dalam majlis berprotokol seperti mengenakan dress code yang bersesuaian tahu cara membawa diri serta mendapatkan shot shot yang terbaik tanpa mengganggu perjalanan majlis. Mereka juga akan memberikan album dan video yang terbaik dalam masa yang dijanjikan.  Apa guna majlis yang terbaik serta cantik tetapi tidak dapat direkod dengan efektif.


10. Invitation Card

Kad merupakan wakil tuan rumah untuk menjemput para hadirin ke majlis tersebut.  Ia juga akan menggambarkan tema serta dresscode harus dikenakan oleh jemputan. Oleh yang demikian kad merupakan first impression untuk hadirin pergi ke majlis anda ataupun ke majlis orang lain jika ada pertindanan. Wedding planner akan mengesyorkan design serta susunan perkataan dalam kad tersebut untuk menjadikan impression wedding anda lain dari yang lain.


Semua point di atas boleh disimpulkan bahwa wedding planner akan membantu anda dalam mendapatkan vendor yang boleh dipercayai, menjimatkan masa anda dan memberi nilai kepada ringgit anda.

The Wedding Team by Qudyn yang terdiri daripada Qudyn, Neur Maya Photography dan Videography, NSJ Event, Asyura Catering dan RS Event KL telah mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam mengelolakan pelbagai jenis majlis.


Wedding team ini diwujudkan untuk memudahkan pelanggan dan ia menjadi One Stop center untuk apa-apa event yang hendak dilakukan dan pelanggan tidak perlu bersusah payah kepala untuk mencari vendor kerana kami merupakan satu gabungan vendor-vendor yang berpengalaman serta telah lama bekerjasama dalam menjayakan event dalam pelbagai peringkat.


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan lokasi bagi event seperti perkahwinan, harijadi, majlis aqiqah dan cukur jambul dan sebagainya bolehlah hubungi pihak kami di:

Tel atau Whatsapp: 019-282 7258.

#theweddingteambyqudyn #nsjevent #neurmaya #rseventkl #weddingdecoration #weddingcoordinator #tent #canopy #pasystem #weddingphotography #weddingvidoegraphy #weddingplanner #weddingdress #weddinginspiration






Wedding Dress by Qudyn

Featured Posts