• Admin

Wedding Fair: Lokasi Terbaik untuk Promosi untuk Photographer dan Videographer?


Para Vendor dan management AP Event Semasa di hari terakhir WeddFest

Nak masuk wedding fair atau tak masuk? Persoalan ini sering bermain di kalangan vendor-vendor yang terlibat dalam wedding industry. Bagi vendor yang 'main besar' seperti pelamin, catering dan venue, mungkin ia tidaklah merupakan sesuatu yang merunsingkan sangat kerana dapat satu job pun kadang-kadang dah boleh cover booth wedding fair dan kos-kos yang lain.


Bagi photographer dan videographer, 10 job atau deposit dari 10 job itu baru boleh cover sewa tapak dan di wedding fair. Pada kebiasaan terdapat lebih kurang 6-10 booth photographer/videographer.


Namun begitu, perlu diingat, vendor lain pun offer 'FREE' photographer jika book catering dia, pelamin dia, venue dia dan segala bagai silap2 order dorgift pun dapat free photographer. Maknanya, 90% dari booth menawarkan package siap photographer. Tak percaya cuba pergi ke wedding fair dan duduk di booth catering, jangan risau.. anda akan dapat photographer percuma. Macam beli maggi 5 bungkus, dapat "mangkuk" free.


No wonder banyak photographer come and go. Nak survive mau tak mau kalau dalam pasaran wedding fair, photographer/videographer harus deploy cara marketing yang lebih aggresive. Antaranya:

  • Pre marketing dalam facebook dan instagram

  • Promosi yang memang meletop

  • Gambar yang tip top

  • Booth nampak professional

  • Combine dengan wedding planner lain, sebaiknya yang joint wedding fair juga

  • ATAU.. positionkan diri anda next level dari wedding fair client supaya anda tak perlu compete harga.

Nak tau camna.. next time saya buat kursus sila datang :)







Featured Posts