• Admin

7 Tips Marketing Untuk Beginner



Hari ini saya nak bagi sedikit tips untuk marketing bisnis anda. Dalam keadaan sekarang yang mana negara kita dilanda oleh Covid 19, kami jangkakan bahawa ramai yang akan diberhentikan pekerjaan dan haruslah memulakan sesuatu yang baru. buat masa ni option yang ada ialah secara menjalankan perniagaan kecil-kecilan.


Tips 1: Marketing ibarat memberi makan kepada seorang bayi

Kalau baby itu tidak diberi makan dia tidak membesar. Samalah dengan bisnes kita, kalau tak buat marketing bisnis kita tak grow. Itulah mindset pertama yang kita kena ada sebelum kita memulakan bisnes. Tak kira produk kita bagus macam mana pun, insya Allah ada orang lain yang lebih baik dari kita, jadi kita perlu mulakan dengan merendah diri. Kita perlu buat marketing. Kita perlu buat sesuatu untuk orang kenal nama kita, kenal produk kita dan sebagainya.


Tips 2: Mahirkan Satu Platform Dahulu

Memang diketahui buat masa ini kita mempunyai banyak platform untuk Social Media marketing. Facebook , instagram, dan sebagainya boleh dimanfaatkan. Namun begitu, setiap platform tersebut mempunyai strategi yang berbeza. Mahir kan satu persatu dahulu. Sebagai contoh mahirkan dalam penggunaan WhatsApp.


Setelah anda mahir dalam whatspp marketing, bolehlah anda menambah kaedah lain seperti facebook atau Instagram bergantung kepada jenis produk anda. Jika anda menjual tudung ataupun fesyen wanita, instagram merupakan tempat yang terbaik. Masuk kelas jika perlu untuk belajar teknik pemasaran ini.


Tips 3: Mula kecil dulu.

Walaupun anda mungkin mempunyai bajet yang besar, kita harus mulakan dengan budget yang kecil. Sebagai contoh, jika anda buka perniagaan makanan, buat secara online dahulu dan sasarkan sehari nak ambil dalam 20 order saja. Cuba lihat efisen atau tidak untuk anda mengendalikan 20 order itu. Jika hendak mengendalikan 20 order pun masih kelam kabut, anda masih mempunyai ruang untuk belajar memperbaiki sistem production anda. Bila sudah okay, sasarkan untuk mendapat 40 order dengan meningkatkan sedikit marketing bajet anda.


Tips 4: Belajar copywriting

Mungkin inilah ilmu pemasaran yang paling penting sekali. Bagaimana membuat pelanggan tertarik untuk membeli produk anda. Bagaimana untuk mencipta ayat ayat pemasaran yang berkesan. Kita harus memberi sebab untuk pelanggan membeli barang kita. Teknik copywriting juga membantu kita mensasarkan iklan yang kita buat kepada kumpulan sasaran tertentu. Betul copywriting untuk menjual kek tidak sama dengan copywriting untuk menjual barangan bayi.


Tips 5: Belajar Phone Photography

Boleh dikatakan semua handphone sekarang mempunyai kamera. Manfaatkanlah kamera itu tak kira juga kualiti yang ada. Belajar sedikit sebanyak tentang teknik fotografi seperti pemilihan background yang menarik sebelum mengambil gambar, editing menggunakan aplikasi yang sedia ada, penggunaan filter dan sebagainya. Manfaat kan juga live video seperti instagram live dan juga Facebook live. Buatlah live video sehari sekali sekurang-kurangnya.


Tips 6: Belajar menggunakan Canva

Jangan buat merupakan servis secara online untuk membuat poster kecil, banner, instagramstories dan pelbagai lagi. Pelbagai marketing material boleh dengan menggunakan Canva sebab template yang disediakan sudah mencukupi untuk business kecil-kecilan. Bila sudah ada budget, barulah ada boleh mengupah professional designer.


Tips 7: Register Enterprise di SSM

Pelanggan akan dapat melihat kesungguhan anda menjalankan perniagaan jika anda mendaftarkan perniagaan anda di SSM.Anda juga mudah untuk mendapatkan peluang untuk memasarkan produk anda ke syarikat lain ataupun badan kerajaan jika anda mempunyai lesen. Tidak mendaftar kepada SSM bermakna anda tidak mempunyai lesen untuk berniaga. Sekecil manapun perniagaan anda walaupun sekadar menjual nasi lemak di tepi jalan, daftarkan lah perniagaan. Mungkin ada pihak syarikat yang nak order 200 bungkus nasi lemak untuk majlis tertentu, ataupun mereka mungkin nak sedekahkan ke rumah yatim. Mempunyai SSM akan memudahkan proses dalam perniagaan business to Business(B2B).

Anda tak perlu ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) untuk buka company. Segalanya boleh dibuat secara online di: https://www.ssm.com.my/Pages/Home.aspx

Featured Posts