• Admin

Penang Short Escape

Disebabkan kami dah lama tak berjumpa, maka suatu hari kami pun decide untuk bercuti bersama disamping dapat memperkukuhkan silaturrahim, dapat juga saya berbincang berkenaan dengan beberapa projek di masa depan bersama rakan-rakan yang lain.


Kami bertolak daripada Kuala Lumpur menaiki van dan tempat perjumpaan pertama di Pulau Pinang ialah di Warung Pak Su Kuala Juru. Sebagai anak Pulau Pinang saya sangat recommend tempat ini kerana ketam dia memang sedap. Masa ketam sampai, kawan-kawan rasa macam tak habis je ketam tu, lepas rasa sekali, makan tak boleh stop dan clear satu meja ketam dan udang dan segala macam yang ada.



Selepas tu kami terus check in di Muzium hotel. satu hotel yang saya juga sangat rekomen Kerana Dia mempunyai satu bilik yang luas yang dapat memuatkan lima orang dan dalam bilik tersebut mempunyai 2 tandas dan 2 bilik air. jadi tak berebut.



Destinasi yang pertama ialah Bukit Bendera. tapi kami sampai agak lewat dan tak berkesempatan untuk masuk ke dah habitat. suasana alam semulajadi yang cantik dapat dilihat di dalam dan habitat.




Pada hari kedua kami bersarapan di Restoran Belimbing di Teluk Bahang. Restoran itu terkenal dengan roti jala yang sedap. Seterusnya kami masuk ke entopia. Sebelum ini ia dikenali sebagai Taman Rama-Rama Pulau Pinang. Namun begitu, entopia telah mengalami beberapa perubahan yang menjadikan ia sangat cantik dan menarik untuk dilawati.


Setelah masuk ke Entopia kami bercadang untuk makan durian dan mandi di waterfall, namun begitu Pulau Pinang sekarang ini bukan musim durian dan kami tak jumpa pun gerai yang ada buah durian sepanjang perjalanan sampailah ke bandar Balik Pulau. Bermakna lengkap satu pusingan Pulau Pinang.


Kami singgah di restoran ikan bawal Pokok Cherry untuk makan tengah hari. Sebelum pulang ke hotel kami pergi ke Lebuh Keng Swee untuk makan cendol yang terkenal. Teow Chew Cendol



Di sebelah malamnya kami makan di Gurney drive.


#foodcation

#penang

#penangfoodie

#warungpaksu

#kedaimakanmelayupenang

#halalpenang



Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • social-instagram-new-circle-512
  • YouTube Social  Icon
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
© Neur Maya Photography 2020