• Admin

6 Faktor Untuk Membuatkan Komputer Laju

Apa guna kamera yang dibeli dengan harga puluhan ribu tetapi album atau video siap lambat? Kamera canggih tetapi client menyumpah. Sebagai photographer atau videographer, kita perlu tahu bahwa selain camera dan lens, component yang melengkapkan kita sebagai jurufoto ialah komputer. Anda perlu komputer yang boleh support kerja-kerja anda. Berikut adalah sedikit sharing dari kami bagi yang ingin mendapatkan kebolehan yang lebih optimum bagi menyelesaikan kerja-kerja anda.



1. Hard Disk Yang Laju

Kami letakkan hard disk yang lagu bahagian kriteria yang utama. Ini kerana jika anda mempunyai processor yang laju tetapi masih menggunakan hard disk yang lama, anda tidak akan mendapat kelajuan yang maksima kerana terdapat bottle neck pada input/output hard disk tersebut. Anda seharusnya mempunyai komputer yang mempunyai kelajuan yang tinggi dan juga hard disk yang laju seperti NVME M.2 SSD.



2. RAM

Semua instruction dan data yang diretrieve daripada hardisk akan dihantar ke RAM sebelum diproses. Orang bukan setakat perlu besar tapi perlu laju untuk support proses keluar masuk data. RAM yang tinggi 8GB mungkin masih rendah, upgradelah ke 16GB. Jika ada budget, upgrade terus ke Corsair Denominator seperti video dibawah.



3. Graphics Card

Grafik app sangat penting untuk kerja-kerja editing seperti ketika menggunakanperisian-perisian Adobe, Final Cut Pro ataupun Davinci Resolve. Antara grafik kad yang kami syorkan ialah SAPPHIRE PULSE Radeon RX 570 4G GDDR5. Jika ada budget lebih, boleh saja ambil terus SAPPHIRE NITRO+ Radeon RX 5700 XT BE 8GB GDDR6 yang harga mencecah hampir RM2000.



4. Processor

Buat masa ini, AMD mempunyai processor yang lebih laju dari Intel dengan harga yang lebih murah. AMD processor seperty Ryzen 9 16 Core memang berdesup.




5. Monitor

Mempunyai monitor yang besar dapat mempercepatkan kerja. Kita tak perlu buka tutup sesuatu window itu untuk melakukan task yang lain. Suatu ketika dahulu mempunyai dua monitor mungkin menjadi pilihan yang terbaik, tetapi buat masa kini anda boleh memiliki satu monitor tetapi dari jenis wide. Ia lebih menjimatkan socket eletrik, menyelamatkan space, tak perlu cable banyak dan juga memudahkan anda untuk edit video yang mempunyai time line.



6. Port dan External Hard Disk

Komputer anda sekarang ini sudah sepatutnya menggunakan Thunderbolt 3 kerana transfer rate yang tinggi. Anda tidak perlu copy file ke main hard disk untuk bekerja, sebaliknya menggunakan external storage yang menggunakan connection Thunderbolt 3. Browser file RAW atau bekerja dengan video file juga tidak menjadi masalah besar.


Kaedah install Thunderbolt 3 card ke motherboard. Harga card lebih kurang RM500.



7. Final Say: Mac atau PC

Point yang terakhir ialah sama ada anda hendak menggunakan Mac ataupun PC.


Bagi pengguna Mac, pilihan anda tidak begitu banyak jika budget anda kurang daripada RM6000. Hal ini adalah disebabkan komputer Mac seperti MacBook Pro 13” dan Macmini tidak mempunyai grafik kad yang cukup power untuk siapa kerja-kerja anda melainkan jika anda menggunakan Final Cut Pro sahaja. Kerana menggunakan Adobe Premiere atau Davinci Resolve, anda harus mulakan dengan 21.5-inch iMac with Retina 4K ataupun Macbook Pro 15 inci(Macbook Pro 16” lebih baik). Ini adalah disebabkan kedua-dua komputer tersebut telah dilengkapi dengan grafik kad yang baik.


Spec Macbook Pro 15” (Harga RM8999 bagi versi tahun 2018)

  • 6-core 8th-generation Intel Core i7 processor

  • Brilliant Retina display with True Tone technology

  • Touch Bar and Touch ID

  • Radeon Pro 555X or 560X graphics with 4GB of video memory

  • Ultra-fast SSD

  • Intel UHD Graphics 630

  • Four Thunderbolt 3 (USB-C) ports

  • Up to 10 hours of battery life2

  • 11ac Wi-Fi


Spesifikasi Imac Retina 4K 21.5”

  • 21.5-inch (diagonal) 4096x2304 Retina 4K display

  • Eighth-generation quad-core Intel Core i3 or 6-core Intel Core i5 processor

  • AMD Radeon Pro 555X or 560X graphics

  • Ultra-fast SSD storage

  • Two Thunderbolt 3 (USB-C) ports

  • Four USB-A ports

  • Gigabit Ethernet port

  • FaceTime HD camera

  • 11ac Wi-Fi and Bluetooth 4.2


Bagi pengguna PC, anda mempunyai kebebas untuk memilih hard ware seperti yang saya nyatakan di atas.


#apple #amd #thunderbolt #ssd #samsung #intel #corsair

Featured Posts