• Admin

Businessman Melayu

Bukan berniat untuk mencari negatif, tetapi bila dah ramai yang mengalaminya.. jari ini tak dapat tidak bergerak untuk menulis.

Rata-rata mempunyai masalah yang sama.. bersusah payah tolong untuk ko berjaya, tapi dah berjaya lupa orang yang tolong ko di masa susah. Mungkin orang yang tolong kita disaat kita susah, kita time tu bangang lagi.. tetapi bila kita dah pandai, orang yang tolong kita dulu mungkin tak sepandai kita sekarang dan tak berguna untuk kita naik lagi.. so kita tendang dia jauh-jauh dari life kita. Dengan harapan jumpa orang baru, orang baru akan bawa kita naik. Orang baru akan bawa kita ke suatu perkara yang baru, yang lebih menguntungkan..so kita tinggal business hakiki kita yang kita buat masa susah dulu... Masa berlalu, lepas tu kena tipu dengan partner baru, then baru nak cari kawan lama balik. Yang dah berjaya tadi tu duduk balik di bawah..

Nak berjaya tak susah;

  1. Niat berniaga kena betul.. mencari rezeki yang halal untuk bekalan hidup di dunia yang sementara ini.

  2. Jangan lupa orang yang tolong kita masa kita susah, ajar kita, tak berkira dengan kita, spend time tenaga etc. utk kita .. perangai kita yang tak guna akan attract orang yang berperangai yang sama seperti kita. Sure akan ada problem.

  3. Bear in mind that akhirat 1st dan dunia 2nd, kita akan dekat dengan Al-Quran dan pengajian agama. Insyaallah murah rezeki. Kerja teruk tapi susah nak sangkut atau ada jer bocor duit itu tanda.

  4. Ingat, kalau dapat rezeki yang melimpah ruah.. itu juga ujian. Ujian supaya kita tak sombong atas muka bumi ini.

  5. Berbuat baik pada ibu bapa dan saudara mara. Doa mereka penting. Pastikan untuk mereka sentiasa ada masa.


Gunung Batur, Bali.


Featured Posts