• Admin

Tips Shoot Wedding in Team



Kenapa kita shoot dalam team?

Sebagai seorang fotografer, untuk mendapat coverage yang lengkap, kita tidak dapat memikul tugas itu kesorangan. Tak perlu kita lihat job wedding sahaja, job job seperti mengambil gambar permainan golf bagi sebuah company juga memerlukan kita setup sebuah team di mana setiap orang mempunyai peranan masing-masing.


Peranan setiap orang dalam team

Peranan setiap orang dalam team berbeza bagi job yang berbeza.


  1. Pembahagian tugas mengikut jenis lensa yang digunakan. Sebagai contoh, dalam satu wedding yang besar, main fotografer akan menggunakan lens standard manakala 2nd fotografer akan menggunakan tele seperti 70-200. Hal ini kita lakukan bukan sahaja untuk mempercepatkan proses, malah dapat menjimatkan tenaga seterusnya mengurangkan penat lelah atas bahu main photografer. Pelanggan juga akan mendapat kepelbagai gambar dan dari sudut yang berbeza.

  2. Saja tugas berdasarkan apa yang hendak di Shoot. Kita boleh juga membahagiakan tugas berdasarkan contohnya main fotografer akan mengambil gambar pengantin sahaja dan 2nd fotografer akan mengambil gambar ibu bapa dan hadirin.

  3. Detail Shot. Kami pernah memberikan peranan kepada fotografer ketiga untuk mengambil gambar art dan detail sahaja seperti dekorasi, close-up, lensa fish eye dan mengambil gambar group photo sahaja. Terpulanglah kepada setiap projek ataupun kehendak pelanggan.




Masalah yang bakal berlaku

Jika sebuah syarikat mengambil anda sebagai assistant, perlu anda bertanyakan tentang peranan anda yang jelas. Apa expectation syarikat tersebut ataupun pelanggan mengambil lebih daripada seorang fotografer untuk majlis tersebut. Jika anda tidak jelas tentang peranan anda, anda mungkin akan membawa balik gambar yang sama seperti main photographer. Pelanggan mungkin kecewa kerana tidak mendapat kualiti ataupun kahwin seperti yang diharapkan.


Antara masalah lain yang sering terjadi ialah;


Fotografer yang mempunyai kepentingan peribadi

Terdapat juga fotografer yang berusaha untuk membuat album untuk diri sendiri sebagai profile. Jadi fotografer tersebut tidak berperanan sepertimana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, kita telah menetapkan fotografer ke-3 berada di lobi untuk menunggu Ketibaan VIP, namun dia telah pergi ke bilik pengantin untuk mengambil gambar make-up. Hal ini membuatkan kita terlepas gambar tuan rumah menyambut Ketibaan VIP. Terdapat juga fotografer yang take over peranan main fotografer dan senang senang sahaja mengarahkan pengantin untuk membuat apa yang dia suka.


Fotografer yang tidak mengenakan pakaian yang sesuai

Terdapat fotografer yang tidak mengenakan pakaian mengikut apa yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya majlis memerlukan fotografer memakai baju Melayu hitam, berkasut hitam, bersampin dan bersongkok, Namun fotografer tersebut hadir dengan mengenakan pakaian yang belainan. Ini akan menyusahkan team kerana projek leader terpaksa mengarahkan dia balik supaya fotografer tersebut tidak memalukan tuan rumah.


Fotografer membawa kawan yang tidak diundang

Terdapat juga foto yang membawa rakan yang tidak dikenali ke majlis tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada projek leader. Kehadiran crew yang tidak diminta ini boleh mengganggu kelancaran keseluruhannya. Bermula dengan etika pakaian, sudah tentu dia tidak mempunyai uniform syarikat sehinggalah dia menyelit ambil gambar sekali dan menyusahkan main photographer.


Upload gambar tanpa kebenaran

Bukan semua gambar majlis boleh dimuat naik ke Facebook atau instagram. Terdapat majlis yang mempunyai privacy yang tinggi di mana tuan rumah tidak mahu gambar dimuatnaik. Namun begitu terdapat ahli yang degil atau saja buat buat lupa telah memuatnaikkan gambar tersebut. Hari ini sangat mengecewakan tuan rumah dan main fotografer terpaksa menanggung akibatnya. Besar kemungkinan tuan rumah tidak akan memanggil lagi syarikat tersebut. Lebih teruk lagi jika syarikat tersebut ini saman.


Fotografer tidak berdisiplin dan beretika

Setiap syarikat mahukan juru foto mereka menepati masa dan beretika ketika menjalankan tugas. Jika di tetapkan jam 08:00AM perlu sampai, kita tidak mahu pelanggan kita bertanyakan bertanyakan "mana seorang lagi?" pada waktu tersebut, ataupun 09:00 kita mendapat panggilan telefon bertanyakan "bila Fotograf awak nak sampai ?" Perlu sampai awal 15 minit dari masa yang ditetapkan.


Terdapat juga foto yang tidak beretika seperti sentiasa bermain telefon ketika majlis sedang berjalan. Kelakuan ini amat tidak professional.


Kesimpulan

Main fotografer ataupun projek leader haruslah memberi briefing yang jelas kepada setiap ahli tentang peranan, etika dan bagaimana gambar mereka akan digunakan. Jangan mula mengambil gambar jika ahli tidak tahu peranan mereka. Mempunyai SOP yang jelas bagi setiap majlis dapat menyelamatkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku. SOP seperti list gambar yang hendak digunakan, SOP berpakaian dan jadual perjalanan majlis yang jelas haruslah diketahui oleh semua fotografer yang telibat. Kegagalan telah menyampaikan maklumat ini akan menyebabkan kepincangan dalam team. Kejayaan kita dalam mengendalikan sebuah team merupakan kunci utama untuk mendapatkan job yang lebih besar.


Team Neur Maya ketika Annual Dinner Kenanga City


#photography #photographyeducation #workshopfotografi #neurmayaphotographyacademy

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • social-instagram-new-circle-512
  • YouTube Social  Icon
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
© Neur Maya Photography 2020