• Admin

Photographer Inspired by Azam

Pada zaman aku mula-mula berjinak dengan fotografi tahun 1992 dahulu, rujukan aku tak sama tak sama macam yang sekarang ini. Sekarang ini boleh dikatakan terlalu banyak lambakan foto seperti instagram, pinterest dan FB. Rujukan tidk menjadi masalah lansung bagi seorang jurufoto buat masa ini. 30 tahun dahulu, rujukan lebih kepada buku seperti buku Kodak dan majalah National Geography..


Aku mula-mula sekali berasa kagum dengan fotografi apabila aku buka buku secara tak sengaja di kedai tak silap aku di Pulau Pinang. Buku itu bertajuk Malaysia :Heart of South East Asia. Buku itu ialah buku tentang Malaysia yang mana mengumpulkan 46 fotografer terbaik dunia, datang ke Malaysia selama dua minggu untuk menghasilkan gambar yang terbaik mereka. Muka depan-buku tu aku tengok biasa-biasa saja, tapi bila dah buka, aku tak boleh stop untuk skip ke next page sampai habis. That is the moment yang betul-betul inspire aku untuk buat betul-betul dalam fotografi.



Malaysia: Heart of South East Asia Front Cover(link)




Aku inspired sebab subjek yang dishoot dalam buku itu merupakan subjek yang aku sangat familiar, tetapi shot dalam buku itu sesuatu dari level yang lain. Aku dah pergi ke Taman Negara, aku dah pergi ke hutan paya bakau, berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur memang selalu, tetapi aku tak dapat gambar sebagaimana mereka datang ke Malaysia yang hanya dua minggu itu(lagipun time ni aku baru 2 tahun dalam fotografi..hehe). Inilah yang dikatakan creativity and experience.


Dari situ aku mula melihat fotografi dalam satu aspek yang lain. Fotografi merupakan satu medium yang sangat powerfull dalam story telling dan akan memberikan impak pada society .


Fotografi dalam buku itu telah shift pandangan aku pada negara Malaysia ini.


Fotografi dalam buku itu telah menunjukkan betapa diversifiednya negara Malaysia ini dari segi kaum, kebudayaan, flora dan fauna, bentuk muka bumi dan sebagainya. Takkan ada satu negara pun yang sama mcm negara Malaysia ini.


Inspiration yang seterusnya apabila aku sekali lagi terbuka buku daripada seorang fotografer NasionalGeographic, iaitu Frans Lanting. Judul buku tersebut ialah Eye to Eye. Trending merupakan seorang graduan ekonomi. Namun begitu beliau mengambil jalan lain dengan menjadi fotografer. Gambar yang diambil dalam buku itu berkisarkan tentang Eye Contact terhadap binatang-binantang. Ini adalah perkara yang paling sukar sekali.



Cover Depan Buku Eye to Eye dari Frans Lanting(Link)


Frans Lanting sentiasa mempunyai cara tersendiri dalam visual storytelling beliau even ketika shoot wild life. Suatu genre yang kita hampir tiada kawalan melainkan perancangan yang rapi dan visualisation yang bagus.






Inspiration yang Ketiga bagi aku ialah ketika aku mula mencari cari software yang sesuai untuk workflow aku. Satu hari Apple telah melancarkan satu software yang dinamakan sebagai Apple Aperture, dari situ aku mula berkenalan dengan seorang fotografer yang menjadi duta produk tersebut iaitu Joe Buissink. Joe Buissink mula fotografi kalau umur yang agak lewat itu 45 tahun. Dari Joe Buissing aku mendapat inspirasi bahawa sesimple mana pun sesuatu event itu, kita masih mampu mendapat gambar yang cantik juga kita ada mata dan agresif dalam mengambil gambar. Jangan takut buang shutter kerana moment terlepas tak boleh lagi di ulang kembali. Moment yang terlepas itu mungkin itulah yang menjadi winning short kita.




Apa pelajaran yang boleh aku dapat dari semua inspirasi ini? Jawapannya hanya satu.. JADILAH DIRI SENDIRI. Bila kita jadi diri sendiri, korang secara automatik stand out from the crowd. Tak ada sesiapa dapat copy diri kita. Itulah kata-kata dari Joe Buissink yang membuatkan Neur Maya Photography jadi seperti hari ini.

Featured Posts