• Admin

A Picture Worth a Thousand Words


Gambar ini mempunyai 1001 cerita disebaliknya. Gambar ini juga mencerita keseluruhannya tentang penglibatan aku dalam fotografi.


1. mula-mula tentang umur aku masa tu. masa ini umur 20 tahun, ketika di tahun 3 UTM Skudai. Boleh tengok kad metrik dok terselit lagi kat baju. baju tu ialah baju kesukaan aku time tu entah apa sebab. in between kuliah, aku lari ke studio abg mail tolong dia shoot.


2. Studio light yang aku pegang tu ialah studio light kepunyaan kelab itu kelab fotokreatif. kelab yang membina personaliti aku sekarang. cara kerja aku juga banyak dipengaruhi semasa dalam kelab ini.


3. Masa aku di tahun 2, sifu aku datang ke KL dan minta aku carikan kedai Eng Tong, Tahun 1994. Masa tu aku baru ada moto. Suzuki Best 110cc. Aku pun dengan penuh Tawakal cari lah kedai tu.. masa tu lah aku belajar dalam ke TTDI dan akhirnya jumpa kedai tu.


4. Aku dengan bodonya naik ke kedai tu(tingkat atas) dan serahkan request for quotation dan dari sini lah Kelab Fotokreatif memiliki studio pertama. Visatec Solo. Tak payah pinjam lagi pada abg mail(sifu kepada sifu aku yang berlengan panjang dalam gambar).


5. Masa aku naik ke Eng Tong jumpa ramai orang foto katanya dalam kedai tu.. hmmm kekwat gila sekor2. Macam hampa ja tau pakai light meter.. puihh. Anyway Eng Tong layan aku bagus sekali, walaupun aku time tu muka penat berkusam sebab naik motor sesat lama sebelum tu.


6. Aku banyak belajar pasal composition, studio light, law of reciprocity, light painting, still life, dan banyak lagi tak terkira dengan abg mail.


7 Abg mail banyak pakai mamiya rb67. medium format legend. kalau pegi outing aku la jadi tukang angkat. Pernah pegi langkawi naik bas dari skudai, aku jadi tukang bawa beg mamiya tu.. perghh. berat tak terkata,tapi nak belajar punya pasal


8. Kami tolong abg mail tak pernah minta sesen pun. tak terlintas lansung nak minta..


9. Kalau dilihat dalam gambar ni.. cara shoot and lighting semua break the rules.


10. Tu yang membuatkan aku malas campur dengan discussion pasal photography.. pasal aku dah terbiasa dengan cara yang tak ikut 100% rules yang ada.

Featured Posts