• Azam Neumaya

Ciri-Ciri Pemilihan Lensa Untuk Jurufoto Perkahwinan


Pemilihan lensa yang baik amat penting dalam fotografi perkahwinan. Wedding, tidak sama seperti event2 yang lain, kita bukan hanya rekod sesuatu yang berlaku, malahan perlu kreativiti dari segi penceritaan, komposisi dan gambar kita seharusnya mempunyai romantic feel.

Pemilihan lens juga bergantung kepada jenis wedding yang selalunya anda cover, Kami sering shoot di hotel ballroom, waktu nikah dan sanding ialah dinner time(malam) dan kami perlu sesuaikan lens dengan keadaaan.

Antara lensa yang penting ialah:

'Photojournalis' Lens

1. 24-70mm f2,7 dan/atau 24-105mm f4 : Zoom lens perlu untuk situasi yang pantas. Perkara yang terpenting dalam event photography ialah anda berjaya capture the moment. Bokeh yang cantik bukan perkara utama. Anda mungkin akan terlepas moment2 yang penting jika anda hanya ada prime lens.

Fujifilm X-Pro1: 18-55mm (Shoot at 18mm, 28mm equivalent)

2. 70-200mm f2.8 : Zoom tele lens. Kebanyakkan pengantin akan berada di atas stage. Perlu zoom untuk capture the emotion semasa couple berada di atas stage.

Nikon D3: Nikon 300mm

Canon 5D MK II, Canon 70-200mm (Shoot at 200mm). Ia juga dapat menghasilkan portrait yang menarik.

'Art' Lens

3. 50mm f1.2 / f1.4 / f1.8 / f2.0 : Lensa ini menghasilkan rendition yang cantik terutama sekali ketika wide open.

Mamiya AFD: 80mm (50mm equivalent)

4. 35mm f1.4 : Sedikit wide dari 50mm. Pada pendapat saya, saya lebih senang dengan 35mm berbanding 50mm kerana kebiasanya ruang yang sempit akan menyebabkan gambar tak ada breathing room.

5. 85mm f1.2 dsb : Akan menghasilkan gambar portrait yang menarik. Bokeh yang lembut yang menghasilkan feel yang romantik.

Special Need Lens

6. 100mm atau 105mm Macro: Penting untuk mengambil gambar detail seperti cincin dan barang kemas yang lain.

7. 20mm : Wide angle lens. Persediaan jika ruang sempit dan group photo yang mungkin ramai.

8. 15mm Fisheye : Bagi yang meminati seni fisheye. Lensa ini dapat 'add value' pada package anda. Tak ramai wedding photographer mimiliki lens ini.

Itu saja perkongsian kami buat masa ini. Memang terdapat banyak lens lagi yang dapat menghasilkan gambar yang menarik seperti 135mm f2 dan 16-35mm f2.8, namun bagi kami, agak jarang digunakan.

Canon 5D MK II: 16-35mm f2.8 (Shoot at 24mm)

Anda juga digalakkan untuk mencuba lens2 lama(legacy) dengan menggunakan adaptor. Lens lama seperti Nippon Kogaku, Pentax Super Takumar dan Canon FD lens terbukti menghasilkan rendition yang baik. Pandangan mengatakan lens lama tak berkualiti ada sangat salah.

Canon 5D MK II: Nikon Pre-AI Nippon Kogaku 24mm with Canon Adaptor

Anda juga mungkin ingin melihat review lens-lens tersebut di internet;

1. Nikon 20-35mm f2.8D (link)

2. Tokina 100mm f2.8 Macro (link)

3. Helius 44-2 58mm f2 (link)

4. Canon FD 85mm f1.8 (link)

5. Nikon 135mm f2 (link)

Disclaimer: Saya boleh dikatakan amat jarang shoot outdoor selepas sessi perkahwinan. Saya mungkin tak layak untuk komen peralatan untuk sessi tersebut.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • social-instagram-new-circle-512
  • YouTube Social  Icon
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square